Saturday, August 8, 2009

Aku dan filem dan Malaysia

Hmmm, lama sudah aku menyepi, pelbagai masalah, masa olah dan peristiwa dan insiden berlaku kepada aku sepanjang waktu sepi itu. Huh, sepi konon...
Setelah melihat pelbagai pembangunan (pembangunan ke?) perfileman Malaysia di kala ini, dengan Audio Suite FINAS yang dibuka dengan rasminya tak lama dulu membawa aku kembali ke zaman aku menonton filem-filem Melayu diawal 80'an terutamanya (aku baru tingkatan rendah). Banyak filem Melayu ku tontoni ketika itu kerana aku bersekolah di sebuah institusi yang mengamalkan sistem semester, jadi apabila sekolah ku cuti, makanya sekolah kerajaan lain tidak pula. memandangkan kengkawan tak ada, menontn filem menjadi pemusnah masaku.
Masa itu,tiket masih lagi berharga 65 sen di Panggung Grand, Ipoh. Jadinya kalau hari tu aku hanya memerlukan 2 ringgit untuk bersukari ria, seringgit untuk tambang pergi balik bas Aerodrome, 65 sen untuk tiket wayang dan 20 sen untuk main video game. Ada 15 sen dalam poket yang mana di beli sirap atau lebih dikenali sebagai ais manis di Ipoh. Kadang-kadang aku beli chickadees yang hanya berharga 10 sen ketika itu. Antara filem yang aku tonton di Panggung Grand yang selalu memainkan reruns untuk tayangan pukul 12:45 pm termasuk filem-filem ninja, S.T.A.B.(aku pun tahu apa yang di abbreviatekan sampai hari ini), Bionic Boy, Panglima Badul, Prebet Lapok dan bermacam lagi. Panggung Grand juga mengajarku menjadi, ehem, 'dewasa' sebab special show pukul 4:00 petang termasuklah filem-filem softporn yang tidak ditapis, entah macamana boleh terlepas kan, tetap menjadi pojaan hatiku, hehehe.
Namun apa yang aku ceritakan di sini adalah ... (sambung)

No comments:

Post a Comment

komen je....all are welcome..buah cempedak di luar pasgar