Empayar, adalah tajuk kepada sebuah trilogi yang mana sebenarnya adalah Hikayat Hang Tuah yang ditulis semula. Kemungkinan konteks penceritaan dan penghikayatan Hikayat Hang Tuah oleh penulisnya yang sebenar (juga tidak diketahui siapa) adalah penelusan kegusaran dan kekecewaannya terhadap bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah dipenuhi dengan kisah dengki, tamak, penipuan, dendam, korupsi dan ketiadaan maruah diri, seperti membodek dan sebagainya, serta kehilangan jati diri. Ini secara terus menempelak bangsa Melayu itu sendiri, lantas dengan mengorbankan karekter Hang Tuah sebagai mangsa perihal orang Melayu ini, penulisnya cuba untuk menulis dan mewujudkan seorang hero untuk orang Melayu secara tersurat, tetapi yang tersiratnya pula adalah sindiran serta peringatan kepada bangsa Melayu inin sendiri. Namun, kedengkelan bangsa Melayu yang tidak mahu menerima kelemahan dan kebenaran, menjauhkan diri mereka daripada mengakuinya lantas menyembunyikan segala kebenaran dan kelemahan sehinggalah bangsa Melayu ini terus-terusan berperihal sebegitu sehinggalah ke hari ini.
Justeru Trilogi Empayar membuka semula dan cuba untu meneluskan segala yang tersirat dalam bentuk penulisan berdasarkan pemikiran hari ini. Dalam percubaan untuk membawa kefahaman kepada bangsa Melayu hari ini, saya cuba untuk menyelami vakum yang terbentuk dalam Hikayat Hang Tuah. Jalan yang saya pilih adalah untuk meneliti dan melihat psikologi-psikologi karekter-karekter dalam Hikayat Hang Tuah dan saya cuba untuk menulisnya semula dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan juga mempunyai elemen-elemen hiburan serius.
Bahagian 1 Empayar diberi tajuk Dendam Taming Sari, dimana dalam bahagian ini dipertunjukkan kepada semua akan kehebatan Hang Tuah dalam menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka. Bahagian ini juga akan menyelami dan mengikuti Hang Tuah dalam pencarian dirinya sendiri. tetapi apa yang tersirat dalam bahagian ini adalah manifestasi 'king-maker' itu sendiri iaitu Tun Perak, individu yang sebenarnya paling berkuasa di Melaka.
Bahagian 2 Empayar pula di beri tajuk 'Kilah Arad', yang mana membawa maksud 'halangan tiada nampak' atau dalam Inggerisnya 'Mirage of Obstacles'. Dengan menggunakan kebijaksanaannya, Tun Perak berjaya menghindarkan Hang Tuah, yang bersumpah untuk melindungi raja Melaka sehingga tercabut nyawanya, daripada menunaikan sumpahnya. Ini dilakukan dengan melantik Hang Tuah menjadi Laksamana dan ditugaskan menakluk segala negeri dan menjadikan Melaka sebuah Empayar. Kematian anaknya, Tun Besar, menyemarakkan lagi dendam Tun Perak kepada kerabat diRaja Melaka yang sudah lama terpendam, daripada insiden ayahnya membunuh diri akibat hasad dengki seorang pembodek raja dan insiden Tun Perak dibuang daerah ke Klang secara terhormat sehinggalah kepada dirinya yang terpahat dengan perjanjian Demang Lebar Daun. Melalui manipulasi politik yang halus dan amat-amat berkesan, Sultan Alauddin Shah telah mangkat diracun dan teranglah akan kekuasaan Tun Perak sebagai 'king maker' dan kegagalan Hang Tuah melindungi nyawa raja.
Bahagian 3 Empayar pula diberi tajuk ' Luhur Setia Tiada Damai', persoalan keluhuran kesetiaan Hang Tuah tiada berakhir, apabila dirinya diumpan dan kemudiannya difitnah lantas dijatuhi hukuman bunuh berkocak apabila difirasatkan kepadanya bahawa ia sebenarnya adalah sebahagian daripada Tun Perak 'Grand Plan'. Hang Jebat yang selama ini dapat membaca segala pergerakan Tun Perak akhirnya terpaksa bertarung dengan Hang Tuah yang mana telah menjadi tawanan Tun Perak yang memanipulasikan segalanya dalam bentuk penipuan yang terbesar di mana kononnya dialah penyelamat Hang Tuah dan meneroka minda Raja, bahawa Hang Jebat mahu melakukan 'coup-de-tat' dan mengambil alih pemerintahan Melaka dan menjadi raja. Apakah 'Grand Plan' Tun Perak ini akan berjaya ataupun segalanya berakhir dengan kepincangan bangsa Melayu sehingga hari ini.
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen je....all are welcome..buah cempedak di luar pasgar