Sekarang aku menjadi sebahagian daripada dunia pembikin filem. Aku akui aku hanya ada 1 filem pendek, 2 dokumentari yang agak gah, 2 musim sitkom, 3 telemovie, dan puluhan skrip televisyen, filem, new media dan yang entah apa apa lagi. Jadi stetmen aku bahawa aku sekarang adalah sebahagian dari dunia pembikin filem, 'bahagian' itu amatlah kecil, mungkin dengan mikroskop proton barulah kelihatan.
Kenapa aku ingin menjadi sebahagian dunia ini. Mungkin aku inginkan sesuatu yang baru untuk Malaysia, mungkin aku mempunyai cerita yang ingin aku ceritakan dalam bentuk visual yang bisa mencorakkan wajah dunia baru untuk generasi akan datang, mungkin sebenarnya aku mencitakan satu pengaruh ke atas penduduk dunia, sepertimana Hollywood dan Yahudi seantero. Pada asasnya, aku tidak tahu, mungkin orang lain tahu, tetapi tidak aku...
Namun yang nyatanya aku rasa aku tidak berada dalam dunia yang sepatunya, atau aku tidak sepatutnya berada di Malaysia, atau aku tidak sepatutnya membikin filem seadanya. entahlah...nanti aku membebel lagi...
No comments:
Post a Comment
komen je....all are welcome..buah cempedak di luar pasgar