Alam maya penghindar takut yang datang dari tuak setempayan hilang dengan tiba-tiba, rasa sengal dan jenjarum dirasakan sepanjang lengannya. Belumpun bangun, dikerahnya pengikutnya menyerang, tetapi tiada, dipaling ke arah pengikutnya, empat orang lagi anak melayu berdiri di mana mayat-mayat pengikutnya terbaring. Kemengahan, Kertaka Sari bangun dan sepantas kilat menyerang anak melayu yang berdiri dihadapan Tun Perak, tanpa sedikitpun menginjak ataupun mengelak, tangannya dicekak, dikilas, kapaknya terjatuh ke tangan anak melayu itu, dan dalam satu pergerakan diketuk kepala Kertaka Sari dari belakang, melambung kesakitan, seakan-akan waktu bergerak begitu perlahan sekali, belumpun sempat tubuhnya jatuh ke tanah, terasa seperti disengat lehernya dan pandanganya terus kabur dan kemudianya gelap, segelap guanya tanpa jamung, segelap hatinya, segelap-gelapnya.
Keadaan menjadi sunyi-sepi, tiada satu bunyipun kedengaran, tiada bunyi desiran angin sekalipun. Berselerak mayat-mayat dari simpang semabuk hinggalah ke pasar.Yang berdiri hanyalah 5 anak melayu dan Tun Perak, yang maseh berzikir dalam hati. Perlahan-lahan mula terdengar azan, menandakan waktu dzuhur Jumaat ini sudahpun masuk, tanpa mengenalkan diri ataupun bersalam, Tun Perak berkata:
“ marilah ke masjid, di sana anak-anak boleh membersihkan diri’”
Orangramai mula keluar, yang bersembunyi di lalang-lalang tepian jalan menampakkan diri, tingkap-tingkap yang tadinya tertutup mula terbuka, pedagang-pedagang mula kembali ke pasara, balu-balu menangis dan meraung, anak-anak yatim berlari-lari tak keruan, suami-suami yang kehilangan isteri kalut hatinya dan yang pengecut berpura mematikan diri, bangun bangga berasa bijak.
Belumpun sempat condong bayang-bayang, sekumpulan gagak sudah mula menghinggap. Dan salah seekornya menghinggap betul-betul di hadapan Tun Perak dan anak berlima, terhenti mereka, dengan si gagak memandang mereka seakan mahu ditelannya peraih-peraih kemenangan itu.Tapi tidak diperdulikan mereka akan gagak itu, dan terus mereka berjalan untuk ke masjid, menyucikan diri, menyucikan jiwa dan beribadat kepada Tuhan yang Maha Esa.
Jauh, beribu batu diseberang laut pulau-pula Temasik, Riau, Daik, Sambas dan melintasi Laut Jawa, meraung seorang kekanda yang kematiannya adindanya. Meratap dalam kemarahan, menjerit dalam radang, Taming Sari terus melihat ke dalam api pujanya, marak sakti yang memberikannya penglihatan yang tersirat, akan laku di Melaka, ditenungnya betul-betul akan pencabut nyawa adindanya, anak melayu yang mempunyai roma wajah yang menusuk jiwa sesiapa sahaja yang memandangnya, menghafal rupa bentuk badanya dan Taming Sari berteriak bersumpah:
“aku bersumpah, tiada siapa yang akan boleh membawa ajal kepada si bedebah ini, kecuali aku, aku bersumpah dalam hidupku dan dalam kematianku aku akan mencabut nyawa si celaka ini!”
No comments:
Post a Comment
komen je....all are welcome..buah cempedak di luar pasgar