Thursday, May 13, 2010

Ceritera Keris Setan : mukasurat 4

“Assalamualaikum warahmatullah hi yaalam wabarakatuh,”

Jemaah masjid mula keluar dari, merimbun-rimbun menjelajah, ada yang mencari kasut, ada yang berkaki ayam sahaja. Tanpa bersalaman dengan mana-mana jemaah masjid yang lain, Tun Perak yang sebentar tadi mengimamkan sembahyang jumaat hari tu, bergegas keluar mencari anak melayu berlima tadi. Nasibnya baik, anak melayu berlima tadi pun sememangnya mencari Tun Perak juga.

“ Assalmalaikum Bendahara Paduka Tuan”

“Waalaikumsalam,”

Kelima-limanya bersalam dan mencium tangan Bendahara Paduka Tuan, tetapi tangan anak melayu yang akhir sekali digenggam kuat oleh Tun Perak.

“ tangan siapa yang aku genggam ini? Tangan yang sudah menyelamatkan melaka dan segala rakyat jelatanya?”

“ Tuah,”

Pendek sahaja jawapan anak melayu ini.

“ Tuah,”

Lalu menyambung,

Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu,”

“ hmm, alhamdulillah, sesungguhnya takdir Allah Taala masih ada untuk dipanjangkan umur aku, dan anak-anak berlima ini sesungguhnya aku anggap sebagi pelengkap takdir. Dan dari penglihatan aku, anak berlima ini anak-anak perguruan aria putera, jangan berdalih kerana firasatku dapat membaca segala langkah anak-anak, “

“ benar seperti yang dibaca oleh Benhdahara Paduka Tuan, kami berlima adalah anak-anak perguruan Aria Putera, ayah dan guru kami di Gunung Ledang,”

“ Dari kilas mata anak-anak, aku dapat melihat jauh ke hijrah-hijrah yang belum mendatang yang kamu-kamu ini akan membawa keamanan, keselamatan dan keagungan kepada Melaka,”

Tuah dan lima saudaranya hanya menunduk hormat.

“ dan sesungguhnya demi masa, seperti nama mu, Melaka sesungguhnya bertuah, untuk semua insan yang dapat bersama melihat dan hidup dikala ini, itu bukanlah keputusanku ataupun kuasaku, tapi aku hanya dapat berkuasa untuk memutuskan apa yang boleh ku buat dengan masa yang diberikan oleh Tuhan kepadaku sekarang ini, oleh itu aku ingin menjemput Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu untuk ke rumahku, untuk menjadi penggawa, untuk menjadi hulubalang dan untuk menjadi pendekar yang melindungi Melaka yang bertuah ini, silalah dan semoga anak-anak berlima ini akan terus bersama aku menjaga Melaka dan Sultannya sehingga titisan darah yang terakhir kita bersama,”

No comments:

Post a Comment

komen je....all are welcome..buah cempedak di luar pasgar